Imam Syahid Hasan Al-Banna

HARGAILAH MASAMU

Barangsiapa yang membunuh waktunya, maka sama sahaja dengan membunuh dirinya sendiri kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri

Janganlah kamu sekali-kali mensia-siakan waktu meskipun sesaat tanpa diisi aktiviti


Waktu adalah sebahagian daripada penyelesaian dalam mengatasi berbagai masalah individu, kejiwaan, sosial dan berbagai persoalan dalam setiap aspek kehidupan

JIWA



Jika jiwa manusia istiqamah dan jernih, maka apa saja yang muncul darinya akan menjadi soleh dan indah

Asas kebaikan adalah kesucian jiwa, kejernihan hati, amal yang berterusan, berpaling dari kebergantungan kepada makhluk, cinta kerana Allah dan keterikatan kepada kebaikan



Sebaik-baik jiwa adalah jiwa yang dalam memahami hakikat kebahagiaan, tolok ukurnya adalah sejauh mana ia dapat membahagiakan umat manusia dan dapat memberikan bimbingan kepada mereka

Tidak ada yang sangat berbahaya bagi jiwa selain kelalaian. Tidak ada yang menghilangkan manfaat lebih daripada menunda-nunda



Kekuatan jiwa itu diterjemahkan dalam tekad membaja yang tidak pernah lemah, kesetiaan yang teguh yang tidak dicemari pengkhiantan, pengorbanan yang tidak terhalang oleh keserakahan dan kekikiran, pengetahuan dan keyakinan, serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan


Salah satu penyelesaiannya dari penyakit jiwa adalah adanya saudara yang suka memberikan nasihat, iaitu orang yang empati kepadamu sehingga ia mahu memberitahu perihal kekurangan dan kelebihanmu




GURU


Guru adalah cahaya terang yang menyinari umat manusia, sekalipun sebagai risikonya ia harus membakar dan membinasakan dirinya, sama seperti lilin

Pejuang muslim adalah seorang guru, mesti memiliki semua sifat yang ada pada seorang guru yang memiliki cahaya, hidayah, rahmat dan lemah-lembut






SEORANG YANG PROAKTIF


Sikap proaktif seribu kali lebih efektif dibanding sikap pasif. Oleh kerana itu, sibukkan orang-orang itu dengan fikrah yang benar supaya tidak lagi berfikir fikrah yang batil





CINTA


Tidak ada kebangkitan tanpa cinta dan tidak ada cinta tanpa iman








RUMAH TANGGA DAN WANITA

Kehidupan rumah tangga adalah kehidupan kerja. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajipan. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata-mata kesenangan dan romantik, melainkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan

Prinsip hidup berkeluarga adalah saling menyempurnakan, saling menolong, saling mengasihi dan saling membesarkan hati untuk menanggung beban hidup



Perkara yang paling sering menyimpang pada perempuan adalah apa yang ada dalam kepalanya, sedangkan yang paling seimbnag adalah ahtinya. Memahami perempuan haruslah dengan kearifan dan kelembutan, bukan dengan logik

Asas kebaikan bangsa adalah kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adalah kebaikan kaum perempuan, kerana perempuan adalah guru dunia. Perempuanlah yang menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya




KEBENARAN


Kebenaran tidak mungkin dipadukan dengan hawa nafsu. Jika kebenaran berkuasa, hawa nafsu pasti tunduk. Begitu pula sebaliknya, jika hawa nafsu berkuasa, kebenaran pasti tunduk


Kehancuran dalam membela kebenaran bererti keabadian yang hakiki. Tidak ada dakwah tanpa jihad dan tidak ada jihad tanpa pengorbanan




AGAMA ISLAM


Islam datang untuk dua perkara : melakukan dan meninggalkan. Melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang



Agama adalah cahaya Allah yang menembusi jiwa, menerangi kegelapan dan mencerahkan cakerawalanya. Jika ia telah tertanam kuat di dalam jiwa, maka semua bakal disiapkan untuk menjadi tebusannya




DAKWAH



DAKWAH kami lebih terang dari sinar mentari, lebih jelas dari cahaya fajar pagi dan lebih terang benderang dari putihnya siang hari

Dakwah Islam adalah dakwah yang lengkap yang berlandaskan ilmu, amal dan perjuangan

Rukunnya terdiri daripada ilmu, tarbiyah dan jihad. Itulah dakwah Islam yang universal


Tabiat dakwah yang universal adalah dakwah yang penuh dengan nilai persaudaraan dan cinta kasih






IMAN

IMAN tidak akan mempunyai erti bila tidak disertai AMAL. AKIDAH takkan memberi manfaat bila tidak mendorong penganutnya untuk BERAMAL dan BERKORBAN demi menjelmakannya menjadi kenyataan

Iman yang benar kepada Allah s.w.t dan tanpa keraguaan akan memberikan kesan kerinduan yang meluap dalam jiwa, membuatnya selalu ingin bermunajat kepada-Nya, mengingati-Nya, beribadah kepada-Nya dan merendahkan diri di hadapan-Nya



TUJUAN

Tiga modal utama untuk mencapai tujuan: MANHAJ YANG BENAR, PENDOKONH YANG BERIMAN, PEMIMPIN YANG KUAT dan DIPERCAYAI

Tujuan adalah dasar yang mendorong langkah kita di sepanjang perjalanan

Tujuan tertinggi yang harus dicapai oleh setiap insan dan merupakan keuntungan terbesar yang harus diraih adalah redha Allah




KEKUATAN


Jika generasi hari ini adalah kekuatan bagi anda, maka generasi esok adalah tanaman

Kekuatan pertama sesungguhnya adalah iman, hasil dari iman adalah kesatuaan dan produk dari kesatuaan adalah kemenangan yang gilang-gemilang



Peringkat pertama kekuatan adalah kekuatan akidah dan iman, kemuliaan kekuatan kesatuan dan persaudaraan, lalu kekuatan fizikal dan senjata. Satu jemaah tidak dapat dikatakan kuat sebelum memiliki cakupan dari seluruh kakuatan itu





DAIE

Kamu adalah roh baru yang mengalir di dalam tubuh manusia dan ia akan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang bersinar, yang menyingkap tabir kegelapan materialisma dan menggantikannya dengan makrifatullah. Kamu adalah suara yang menggema tinggi dan sentiasa menyenandungkan dakwah Rasulullah s.a.w


Kebahagiaan yang didambakan seluruh manusia sesungguhnya berpangkal dari dalam jiwa dan hati mereka. Maka, penderitaan yang melingkupi dan menghantui mereka sebenarnya merupakan akibat dari musibah yang melanda hati dan jiwa mereka

Tiada peraturan dan ajaran yang dapat menjamin kebahagiaan jiwa manusia dan menunjukkan kepada mereka secara praktis jalan memperoleh kebahagiaan itu, selain ajaran Islam yang suci kerana sesuai dengan fitrah manusia, jelas dan mudah dilaksanakan


Ketokohan sesungguhnya akan diuji dengan kesabaran, ketabahan, kesungguhan dan amal yang berterusan.

Orang yang berbicara berbeza denga orang yang bekerja. Orang yang bekerja berbeza dengan orang yang berjihad. Orang yang berjihad berbeza dengan orang yang berjihad secara produktif. Itulah aktivit yang akan menghasilakn keuntungna besar dengan sedikit pengorbanan

Barangsiapa rajin bekerja, maka beruntunglah ia. Namun, barangsiapa dengan kerjanya tidak memberi pengaruh, maka kata-katanya juga sekali-kali tidak memberi pengaruh



Orang yang pintar adalah orang yang merenungi suatu masalah sebelum terjadinya, lalu menyiapkan bekal untuk menghadapinya

Seseorang itu belumlah dikatakan sebagai muslim yang sebenar sehingga ia menerapkan hukum dan akhlak Islam pada dirinya, serta menjaga batas-bats perintah Allah dan Rasul-NYa



Pemimpin adalah unsur penting dakwah, tidak ada dakwah tnpa kepimpinan

Orang yang mempunyai himmah (kemahuan yang kuat) tiada terhalang oleh sesuatu pun

Mimpi yang baik adalah ketentuan yang disegerakan bagi seorang mukmin


Orang yang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah tinggal



Manusia yang paling dicintai Allah adalah orang yang hatinya bersih dan lisannya jujur. Sedangkan manusia yang dibenci oleh Allah adalah orang yang suka bermushan dan bertengkar




Kekuatan dan kelemahan, keremajaan dan ketuaan suatu bangsa, hakikatnya sama dengan kekuatan dan kelemahan, keremajaan dan ketuaan seseorang.

Tabir yang memisahkan antara kami dengan kejayaan hanyalah putus asa. Jika harapan tertanam kuat dalam diri, maka dengan izin Allah kita akan mencapai banyak kebaikan


Sistem pendidikan harus dibangun di atas kerangka yang kuat yang memungkinkan generasi muda memiliki kekuatan keislaman, kesempurnaan akhlak, pengetahuan yang memadai tentang ajaran agama mereka dan kebanggan terhadap kejayaan peradabannya yang agung

Kenyataan hari ini adalah mimpi kelmarin dan mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok

Pemikiran akan mungkin berjaya diwujudkan jika kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalan-jalanNya, bersemangat dalam merealisasikannya, sedia beramal dan berkorban demi menjelmakannya


Masyarakat tidak akan menjadi baik, kecuali jika ada keyakinan hati yang bangkit dari dalam jiwa, hingga berasa selalu diawasi oleh-Nya dan berasa terhormat dengan makrifat kepada-NYa.





buah yang sudah dipetik - 10
~~ Rumahku Syurgaku,Wb, Kelantan ~~
Orang yang Soleh mengeluarkan kata-kata yang mampu meningkatkan iman...




 
Top